Monday, 22 April 2013

terasa~xoxo


Assalamualaikum , sorry la..aku nie asal update je mesti isu yg sedeh2..

nak buat mcm mana..kebahagiaan bukan lagi milik aku !

sebenarnya aku ade tempah baju kat internet..dah seminggu dah aku tangguh payment..

then , sis tu macam paham kot , so die bg la chance smpai hari nie je .

masalahnye aku kene bank in kat CIMB bank atau bank ISLAM je !

kat tempat aku cuma ada MYBANK , BSN , AGRO bank n bank RAKYAT je..

paling dekat pon aku kene g TAIPING or BAGAN SERAI . 

puas aku minx tolong kat kak aku , hampeh xnk tolong..alasan malas nk drive..

dah tu , abah aku plak mmg hari2 g taiping amik kak aku keja..aku minx la tolong bank in kan jap

mmg aku terasa hati gila2 laa..xnk tolong..ckp nk cepat laa..nanti smpat balik !

igtkan nk pergi mana , rupanya nk g selama belikan kasut skolah adik aku !!

okay fine !! paham la aku..kalau untuk adik2 aku smua boleh an .

aku nie sape ?? bukan anak kau jugak ke ??

pastu kakak2 aku boleh plak dok tanya2 kenapa..aku dah la tgh bengang..so aku buat camni laa


dah la aku susah payah kena jwb soalan dorang ngn air mata nie dok bertakung je..

heii..sabar jelah..btol laa..ade family pon blom tentu boleh tolong kita bila susah an..

dengan mak2 aku pon aku geram sgt..ikut hati mmg aku xnk ckp ngn mak aku,,

ngn sapa2 pon aku xnk ckp..tp aku xnak ikut hati..aku xnk skitkan hati org..

nasib baik la ada org yg nk tolong pinjamkan duit ..bank in untuk aku..so aku just bank blik la 

kat die..tp aku malu laa..die org luar..aku xbiasa pakai duet org nie..

tapi dah nak buat mcm mna..tu je cara yg aku ada..

hurmm..tu jelah nk story.. bye2..

Saturday, 20 April 2013

adil ke ??~xoxo


assalamualaikum , selamat pagi ! 

okay la , kalau korang tgk kat atas tu agak2 korang aku nak share pasal ape ?

kasih sayang ? sbab ada love kan . keadilan ? sbab gambar nie mcm alat penimbang .

then , berat seseorang ke ? hahaha..even gambar nie simple tp boleh menimbulkan banyak jugak

persoalan ! actually aku nak mengadu pasal kasih sayang mak n abah aku.

aku tahu , sbagai anak aku xberhak mempertikaikan kasih syg mak n abah ! 

mak selalu ckp "aku xpernah beza2kan kasih sayang aku ! semua sama ja aku bagi "

btol laa..kalau mak n abah xsyg aku, kecik2 dulu dah bg aku mati , tp dorang still jaga aku smpai

dah besar panjang . aku mmg bersyukur tapi abah aku tu kadang2 nmpak sangat la

xadilnye , memang aku akui aku jarang gila3 ckp ngn abah aku apatah lagi

nak duduk bersembang ! mcm mustahil la skarang nie bg aku . tgk macam tadi ,

adik aku yg bongsu tu ajak g expo nak tgk baju2 la ape sedangkan die tgh tgk tv !

sanggup die tinggal..bawak adik aku g expo.. aku boleh je ikut sbab mak aku gtaw tapi tulah

aku tetap xboleh lupa kenangan dulu . bila nak keluar mak aku ajak aku , smpai je kat keta mesti 

abah aku ckp..kenapa ajak rmai2..mcm dia xsuka je bwak kami nie..hurmm

even sekarang nie abah dah xla mcm dulu2 tu tapi aku kalau boleh mmg xnak keluar kalau

dengan abah ! tapi aku bukan berdendam taw ! aku xbenci pon abah aku..

aku sayang parent aku , family aku . mcm mne buruk pon layanan dorang kat aku , masih ada

rasa sayang dan hormat tu ! 

Abah , bila agaknya abah nak tunjukkan kasih sayang abah tu pada kami ??

selain adik2 aku . bukan ati xberusaha nk rapat dengan abah . ati try sedaya upaya untuk salam

tangan abah , walaupun benda perkara yg sgt biasa bg org lain , tapi bukan utk family kita kan .

ati cuba bagi kebahagiaan pada abah..banggakan abah dgn result yg cemerlang

walaupun kadang2 ati rasa mcm xberbaloi pon semua tu ! abah xpernah tunjuk abah gembira.

abah..tolong la tunjukkan kasih sayang abah tu..berlaku adillah kepada kami bah..

kami pon anak2 abah ! 

sekian..


emas !~xoxo

hyep !

xtahu nak update ape , so tetibe teringat semalam ade la search pasal barang2 kemas nie ,

yelah , dalam usia aku nie aku baru ade satu je barang kemas ! 

hehehe..ade la jugak. ratai emas , buah nie bentuk love.

simple je tp aku suke . actually rantai aku tu baru je mak aku tebus kt Ar-Rahnu

patot la bila aku blik je dari asrama aku minx mak aku selalu ckp ade, simpan.. xnak bg aku 

pakai..rupenye mak aku gadai ! aku xmarah pon..mayb mak aku nk pakai duit kot time tu.

so bila aku dah hbis skolah , aku kembali memakai rantai tu :)

tapikan.. kelmarin aku mandi then rantai tu tersangkut kat towel aku . 

aku pon tarik laa..tarik3..tgk2 putus :(

sampai hari nie xanta kedai lagi . sedeh btol..


see, nampak tak dua model cincin kat atas tu ? aku nie xminat sangat cincin emas

so aku lebeh minat emas putih . cantik kan ?

compare dua nie , aku lebeh suka yg bawah . warna batu die pon cantik . kalau dapat colour

turkois ke , pink terang , perhh..mmg cantik kan. bila lah boleh dpt !

cincin tunang mayb ? hahaha..harga mmg xmampu le lagi nak beli but mayb one day sape tahu kan 


nie pulak gelang tangan . cantikkan ?

simple je xsarat sangan corak die that why aku suke .

wah..ini mmang cmfirm ribu3 punya lah.. jap eh , satu lagi nak tunjuk :D

 nie bangle mcm gelang jugak ! style giler an. aku suka permata dia yg bertaburan tu

yg penting warna pink ! hahaha..kalau purple or hijau pon cantik angattt..

huhuhuh..harap sangat satu hari nanti aku mampu miliki semua nie! amin..

sekian dulu..:)


tips merawat hati~xoxo


Assalamualaikum , hurm..tengah2 hari nie..dengan cuaca yg panas ase nye xde ape sgt nk

kongsi , cuma da sedikit tips untuk merawat hati :)

sebabnye tetiba rase hati nie xcukup tenang sbab still teringat die..:(

18 tips untuk merawat hati :)

1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.


Dalam kita cuba merawat hati , perbanyakkanlah berzikir kepada Allah . In syaa Allah , dengan mengingati Dia jiwa dan hati kita akan lebeh tenang .

selamat mencuba ! wasalam..


Friday, 19 April 2013

nak baking kek ~ xoxo



wahh sedap kan nmppak kek nie ? hurmm..sebenarnye aku dah lama teringin nak buat

tapi belom berkesempatan. so malam nie semangat plak nk cari resepi yg boleh dipercayai.

hhahahaha..kek pelangi tu dulu aku selalu je buat ngn mak aku , so kali nie nk

gabungkan dengan karamel plak ! aku amik resepi kat bawah nie dari blog Lovely Kitchen !

hope dgn tips2 yg die bg , kek aku menjadi. hahaha.. 

RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI
Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. Rujuk gambar 1.
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. 
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 2.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding seperti gambar 3. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding (Rujuk gambar 3)
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil (rujuk gambar 3) dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun(rujuk gambar 6) untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih seperti gambar 4.
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Rujuk gambar 5.
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1 seperti gambar  6.




Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
(rujuk gambar 6)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. Rujuk gambar 7.
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 seperti gambar 8. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. Rujuk gambar 9.
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar 10. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 10.
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen
nielah dienye resepi yg aku cari2 tadi ! so wait for my coming cake ya !!

oh , before that , wish me all the best :D thanks..sekian

supan pagi ~xoxo

selamat pagi !

hurm..aku nie suke sgt la update blog tengah2 pagi buta time orang semua sedap2 tido kan .

hahaha..apa boleh buat . mata nie xnak lelap , padahal tadi aku tertido 2 jam je

Ramai ke blogger2 macam aku nie eh ?

tertanye tanye jugak laa..:)

well , back to my story line , malam nie skali lagi xboleh tido , msuk nie kira dah 3 malam la

dah la selsema , tapi still xnak lelap mata . hurmmm

so , perot pon lapar jugak sbab lepas buang ... haa..

so aku pon decide nk makan maggie kari cintan n milo 0 panas !


nie lah dienye santapan aku pada dini hari ini . maggie kosong je boleh buat !

nak masak tkot abah aku terjaga..dkat ngn bilik die..xpasal2 kene marah kang .

so nak selamat , makan je maggie kosong ! hahaha..teringat plak zaman kat hostel

dulu . aku selalu mcm nie la mkn mggie tgh2 malam ngan dormate + air nescafe .

our farourite drink!! rinduu plak kat minah nie..

beb , aku rindu la korang semua..:( ntah bile kita semua bleh jumpa.. haa..satu lagi..

malam nie aku xde kawan nak berborak..:( igtkan die pon xtido..tgk..xde pon die online..

sedeh la plak ! okay laa..itu sajep :)

njoy my meal..hahaha. sekian..

selsema laaa~x0x0

assalmualaikum , haaaaaachumm ! arghh..actually skarang aku dah kene virus selsema laa.. :( sob..sob.. nie smua gara2 dah 2 mlm xtido n just tido after solat subuh ..hurmm
kite bngun je pagi tadi lepas mandi terus la bersin2..haaa..sabar jelah even xsuke bila dah selsema..sbabnye xselesa nk kuar rumah ! Tapi aku ingat oke kot bila dah berjalan..tp upenye lagi trok sbab dlm market kan aircond , sejuk . so mmg malu la dok bersin2 smbil pilih brg ! so what ?? mcm la korang xpernah selsema -___-

                                     

aku nie senang giler kene selsema taw. xtahu la kenapa..dalam sbulan tu xterkira . aku selalu demam bila aku selsema terok sngat ! orang kate , Allah bg kita sakit nie sbab nak kurangkan dosa2 kecil kita . so , janganlah sedeh , sebaliknya ckp alhamdulillah..:) Allah masih sayangkan aku..sbab tu die bagi aku penyakit nie. In syaa Allah , sesungguh Allah xkan menguji hambanya melainkan mereka mampu :)

the point is , syukran aku sakit ! hahahaha. sekian..

Thursday, 18 April 2013

i love novel~xoxo

Assalamualaikum , hye again ! aku kalau dah tido lambat nie ade je yg 

terlintas kat kepala otak nie nak update blog ! huhuhuhuh

okay , aku nie sebenarnya peminat setia novel . 

memang darik kecik lagi aku suke bace novel2 nie sbab kak aku pon kaki novel .

die cukup marah bile aku curi2 bace , yelah sbab aku nie budak2 lagi

mayb sbabkan hobi aku nie jgak la kot fikiran aku nie cepat matang berbanding ,mereka ! ahakx

perasan plak i.. >__<

okay , sbab dah lame giler aku start bce nvel so aku xigt la novel ape first aku bce. 

so , aku just share koleksi2 novel yg aku ade k :D

 novel nie sangay menyayat hati taw ! aku suke 

 yg nie pon best jugak :) hehehe

 yang nie mmg superb la jalan cerita die , tgk la karya sape an !

 novel nie pon okay..not bad ! jangan isau, xmembazir pon :D

 novel nie ?? jeng3..hahaha..titew xbace lagi laa.. ade sorang senior kite kate nk hadiah kn. hope best la :)

 mmg BEST !! serius xtipu.. aku dah ulang bnyak kali taw >__<

 suami yg ku benci ?? eh x..sape xsayang laki oii..berdosa taw ! kui3..

 boboy ! hahaha..lawak..best novel nie :) xtebal mane pon .

 tipu la kalau korang xbace lagi kan ?? sebab novel nie mmg laris okay..sbab best !
kalau wat drama nie..perghh..

 yang aku suke giler !! hahaha..aku baru je bace 2 ,3 hari lepas.
novel die nipis je . semangat nak hbiskan.. sweet giler kot..arghhh..opps ! terover sudaa..

3 novel nie mmg tangkap leleh r wa ckp lu..sape xnangis tu mmg hati kering yg amat sgt laa..
aku kalau bce nvel yg xsedeh sgt pon ngis , bce yg nie mmg smpai selsema r citer die. tu je !

actually banyak lagi , bayangkan la 1 almari n kotak rak buku :D

kalau semua aku upload mmg terbaek la kan.

ape pon percaya lah, aku memang PENCINTA novel >__< hihihihik

dan aku dah terikut2 perangai kakak aku, sgt teliti menjaga novel ! beli , balut elok2, kasi tegang 

kaw2 ! bace xboleh bukak luas2 taw..nanti kembang..xboleh lipat ! siap la kalau ade terlipat sikit

aku xkesah pon kalau nak bg org pinjam , tp satu je,.jage la mcm mne aku jage . 

boleh ?? 

hehehe..saye beli mahal taw ! sbab tu saye jage elok2 barang saye .

tapi ade je mnusia yg xreti2 nk jage. hak sendiri x , hak org apatah lagi la kan ?? 

tu jelah kot. <3 novel muahhh9..ahakxx..kikihkih

bubbyee.. "membaca jambatan ilmu"

maaf~xoxo


selamat pagi semua ! owh, hye2 but not bye2 lagi..hehehe

aku just nak kongsi pasal perkataan di ats "MAAF" 

simple je kan ? pendek plak tu. tapi percayalah tak semua orang mampu nutuk mengucapkan 

perkataan itu dengan mudah ! termasuk aku. seriously aku mengaku. aku memang susah nak 

minx maaf apatah lagi memaafkan org !

tulah satu kelemahan aku yg aku sedang cuba perbaiki. bukan ape kawan2 , 

tak susah pon nk sebut 4 patah perkataan tu tapi disebabkan ego kita yg melangit ,

kita xmampu nak ucapkan .


so aku carilah petikan ini untuk di renung dan di kongsi bersama.

bagos sebenarnya bila kita belajar untuk memaafkan org.. tak rugi mane pon kalau

kita rendahkan sedikit ego untuk meminta maaf dan memaafkan org lain.

kelebihan yg pertama , kita dapat pahala memaafkan orang .

yg kedua , kita dapat pulak pahala sebab mengikut sunnah .

subhanallah..rahmat Allah itu begitu luaskan. :D

kalaulah kita rasa benci sgt dengan seseorg tu , kita xboleh nk maafkan kesalahan dia

apatah lagi bila kita ingat muka die..ee...benci9 !!! 

Ha,,,nie nak bg. korang bayangkan je muka orang yg minx maaf tu mcm gini ,

maafkan la saya..plzzzz...

hehehe..semoga berjaya memaafkan orang dan meminta maaf :D !!

bersama-sama kita menuju ke Jannah , in syaa Allah.


mengidam ? kui3 ~xoxo

Assalamualaikum n salam perak aman jaya ! ahakx..

dah xbetol mcm gini la jadinye.. okay la back to my story bedtime . hhahaha. nie pasal malam semalam taw . aku teringin sangat nak mkn burger :( siap mengidam bagai ! dasyat x aku ?? hahaha..xder maknenyelah..aku dah lama x mkn je pon..haiyak ! 


perghh..korang terliur x?? haa..aku bukan teringin sgt pon nk mkn burger mcd ke kfc ke.. cukup la burger2 tepi jalan nie haa..lagi menyelera kan. so , aku pon pesan la kat spupu aku sbabnye die nak ke penang hanto kak aku , aku malas la nak ikut..nak tido awl..sok ( hari nie la ) nak g latihan moto ! aku pon tunggu punye tunggu dgn perut yg kelaparan , oppss,,dah pukul 1 ! tak tido lagi nie.. aku pon msj jelah spupu aku tu . tahu die balas ape ?? :( 

" kami dah smpai kat selama , sorry burger xde . semua kedai tutup "
" xperlah kalau mcm tu , aku tido jelah . tq "

aku balas cenggitu laa..tapi dalam hati sedeh nye :( :( :( btol ke smua kedai dah tutup ? xkesah laa..nak buat mcm mne kan. so aku pon decide nk tido la. dah off lapy smua . msj pon dah stop , baring laa..pejam mate ! nmpak burger,,pgang prot..lapar :( seriously ckp , aku kalau prot lapar mmg xboleh tido. tp nak mkn ape ? aku pon pikir la dua tiga kali . nak mkn ke x ? nak mkn ke x ? arghh..makan jelah ! geledah la aku nie dalam peti ais cari mknan. ade LAKSA !! hurmm..bedal jelah..aku pon panaskan n ape lagi ngapp la ! huhuhuh

nie lah dienye laksa yg aku mkn . sedap x ? bayangkan mkn panas2..hhahaha . sedap memang la sedap tapi lepas tu prot mmg sedap . aku mkn laksa nie pukul 2.48 AM taw x! xpenah2 di buat org..pastu sakit prot sakit kepala semua da laa.. hurmm..tp aku mmg xboleh tido.. kul 5.30 bru aku terlelap , then terjaga kul 7 ! arghhh..dah lewat nak g latihan moto :( dah miss 2 jam .membe2 aku pergi daa..aku..nanti nak ganti nk g ngn sape ??huhuhu. eh, sorry2 nyah , i baru teringat nk tulis ! i sbenarnye xmakan laksa taw . tp ape boleh buat itu yg ade so i bedal jelah ! i mkn separu je pon..xdapat la mak nak hbiskan nyah ! ahaks..dah upe bapok ! oppss..sorry . Daaa..

salah sendiri , sendiri tanggung laa..sape soh ikut sgt perasaan nervous n lapar smpai xboleh tido an :) BTW , itu sajep.. >___< w'salam



belajar moto ~xoxo

Assalamualaikum ! hye dah lame x update . bukan ape lately nie tenet lembab so mcm malas laa..nanti dah tgh syok2 kan tetibe 'line disconnected' ah mann..haa cenggitu la story nye..kui3

okay la , dua hari yg lalu aku dan 2 org lagi kawan aku dahh bertekad ! huhuhuh.. bertekad gitu . mcm ape je >__< . kiteorang nk pergi buat latihan moto . bertolak dlm pkul8 lebeh mcm tu so sampai je pusat latihan memandu kunci rimbun tu hati dah dub dap dup dap daa..owh Tuhan mcm mane nie ! aku nie rupe nye ade darah gemuruh ! benda sbenanye senang tp disebabkan nervous la jadi KO !


ha..inilah die nye tempat latihan memandu yg aku ngn kawan2 aku g . di sinilah juga kami terpaksa memalukan diri mcm org giler lambai2 tangan..ahakx.. nasib la xde orang yg kenal kami melain kan kami2 jelah ! huhuhuh. ade 3 org cikgu yg mngajar moto nie..sorang melayu n the others 2 is indian . . waktu kiteorang pergi nie yg melayu tu xde..yg ade cikgu india yg garang giler n yg satu lagi nie suke pkai kaca mata hitam.. so aku pon pening..die tgk aku ke x ? mcm tgk..tp mate die x nmpak plak.. huhuhuh


okay korang nmpak x titi tu ?? itu yg yg paling aku takot sbenarnye !! waktu aku buat L dulu aku xlepas..then cikgu garang tu terus mrh aku :( 'kenape boleh jatuh ??' nak je aku jawab..'dah saya nak jatuh..jatuh jelah' tp aku hanya mampu tersenyum walaupon malunye !! ramai tgk taw..alah..lelaki pon ramai je xlepak ! buekk...:P over je gelak kan org ! . sbabkan titi nie lah aku xnak dah pergi wat latihan taw tok dapat lesen P. tp disebabkan abah aku pon dah bising n tarikh mati lesen L pon dah dekat..aku pon pergi la jugak dengan perasaan yg sgt tkot !

mengguna kan tips2 yg membe2 ku bg ! Alhamdulillah aku lepas jugak kat titi tu even mule2 tu goyang2 mcm nk jatuh dah tp xjatuh :D hehehehe. dua tiga kali jugak la aku naik n everything okay ! kwn aku ckp naik je..trus pandang depan..jgn tgk bawah taw ! kalau x mest kau gayat n dubbb..jatuh laa..:) so i am try my best la xnk jatuh !

tapi kan... :( bile dah tgh hari tu..cikgu grang tu pon dtg la bawak plajar2 yg nk buat pra L ! aku pon ape lagi..darah gemuruh dtg..time titi tu die tgk je !! trus JATUH ! haiyakk..mcm mne nk test JPJ nanti..lagi cuak..ishh..payah btol la kalau tkot sgt..pastu 2 kali aku kene tegur ! First , aku xtgk pemandu jln raya yg lain --____-- . okay ! second , xbersedia dgn kaki kanan di atas brek ! huhuhuh..okay mmg salah aku.


overall , best la jugak even malu aku n perasaan nervous itu mmg tebal giler >__<  hari pon patotnye aku pergi taw..tapi..hurmm..akan diceritakan nanti ! 

i think itu saje kot ! kui3.. Aja3!! hahahaha..sekian , wasalm





Saturday, 13 April 2013

wijdan~xoxo

Assalamualaikum , hurm..Ya Allah..tabahkan lah hati hamba mu ini ya Allah .. tiupkan lah 

kekuatan untuk aku bangkit mengahrungi hari2 aku selepas ini . puas sudah aku menangis Ya 

Allah . mungkin aku juga tidak lari drpd melakukan kesilapan..sungguh aku mngaku ya Allah.

Ya Allah riakkah aku selama ini dengan ilmu dan kepandaian yg engkau berikan ? banggakah aku 

dengan semua ini ya Allah.. selama ini aku sering menyalahkan takdir yg telah engkau tetapkan 

kepada aku . smakin banyak Engkau menduga aku , semakin jauh aku pergi meninggalkan 

Engkau ! aku hambaMu yg jahil . aku alpa dengan dunia ciptaan aku . ya Allah..terkilan nya hati 

ini apabila adik aku sendiri berkata begitu . sungguh ya Allah tidak hadir sekelumit pon rase 

bangga dgn nikmat kepandaian yg Engkau kurniakan kepada aku . tak pernah sedikit pon terniat

dihati ini untuk memperlekehkan adik beradik aku sendiri . Ya Allah , benarkah keputusan SPM 

aku ini tidak cemerlang kerana aku tidak memperoleh keberkatan daripada mereka ?? atau

kerana usaha aku sendiri yg tidak bersungguh untuk memperoleh 10A dalam spm ?? aku 

binggung ya Allah . .adakah ini titik permulaan kegagalan dlm hidup aku atau titik permulaan 

untuk aku berjaya dalam hidup ini .. Ya Allah aku bertekad untuk membuka buku baru selepas 

kegagalan yang bertimpa timpa dalam hidup aku ini . Kau bimbinglah aku ya Allah .. jngan biar

aku terus hanyut dalam kisah silam ku yg hitam .

Apa pun yang terjadi ! aku perlu bangkit . lupakan apa yang telah mereka katakan. biarlah

aku saja yang tahu isi hati aku , biar aku saja yg telan segala keperitan ini ! 

aku janji , aku akan buktikan pada mereka , walaupun result aku cuma 4A 5B 1C , aku tetap akan 

berjaya macam orang lain yang dapat strait A . dan aku akan pastikan kebahagian itu pasti 

milik aku . kerana takdir itu sebenarnya milik aku ! tak akan aku biarkan mereka memperkotak

katik kan takdir aku lagi !!

mungkin kini aku hanya wanita biasa , tetapi esok akan aku pastikan aku adalah

muslimah yang berjaya !

bimbing aku ya Allah untuk menjadi hamba Mu yang taat

anak yang solehah 

dan wanita muslimah ..

In syaa Allah


maybe one day i will become like her :) 

just pray 4 me okay !!

thanks , n love you Allah